Sunday, May 27, 2012

PERCUTIAN DI SABAH BAH....

Muka tuan tanah yang x bleh blah... (di snap oleh en. abang)....

Percutian kali ini kami telah merancang dan berpakat untuk Kota Kinabalu pada 28 April hingga 03 Mei (6 hari 5 malam) mak datuk lamenya tue, mula2 aku berfikir aduyai apalah yg nak dibuat lama2 kat sana tp bila dah jejak jea kaki ke Kota Kinabalu fuhhhh terasa lainya mcm best plak dok bercuti kat sini... Ok aku akan cerita secara ringkas perjalanan percutian kami untuk kali ini....

Hari Pertama (28.04.2011) (BAHAGIAN I)


Flight kami pada hari itu adalah pada pukul 7.10petang dr LCCT, Aku ngan suami menumpang salah seorng dari member percutian untuk ke LCCT...


kami sampai di Lapangan Terbang Kota Kinabalu lebih kurang jam 9.30 mlm, di sana kami telah dijemput oleh anak sedara daripada salah seorang member kami, kami semua telah dijemput untuk tinggal dirumahnya selama percutian kami...

Hari Kedua (29.04.2012)

Awal2 pagi kami semua telah memulakan perjalanan untuk ke KUNDANSANG, dalam perjalanan kami semua berhenti di RUMAH TERBALIK...

Bergambar dihadapan rumah terbalik...


 

tiket masuk rumah terbalik seorang 10 hinggit yea pak....

bergambar kenangan bersama-sama...

Selepas penjelajahan di sekitar dan di dalam rumah terbalik, kami semua bergerak untuk ke Kinabalu Park perjalanan mengambil masa dalam 2 jam lebih, jalan untuk Kinabalu park seperti jalan untuk ke Cameron Highland mencabar juga arr sian kat my hubby mesti penat nak drive kena plak jalan2 yg mcm tue..



 hik..hik... mcm budak2 nak berpeace bagai....

bajet pasangan yang romatik konon....

gambar2 diatas diambil di Timpohon Park, tempat awal ini adalah bagi pendaki2 untuk mendaki ke Gunung Kinabalu, sejuk woooo kat sini ala-ala cameron highland best sangat..... setelah puas bergambar kat sini kami bergerak ke satu tempat yang hanya indah dari khabar, dalam pemikiran mcm best jea ala2 kat cameron highland teh boh, tp nan ado....



akan bersambung di bahagian II, nantikan kemunculannya....



No comments:

Post a Comment