Tuesday, January 31, 2012

first time makeup utk kawan bertunang...

Alkisahnya pada hari ahad yang lepas aku dengan baik hati mengofferkan diri utk menjadi mak andam kawan sekolah aku, walaupun x brp nak mahir tp aku cuba gak kan??? atleast kita mencuba dr x pernah mencuba...

x nampak sangat kut....

dua2 mak andam terjun he..he...


oklah kan budak baru belajar, pas nie aku kena rajin arr ikuti class makeup utk bridal utk menambahkan ilmu didada... skg nie dimana ada kemahuan ditu ada jalan... insya allah akan aku perbaiki apa yang kurang semasa memakupkan customer aku nanti (adakah akan ada customer???).......










last gambar tuan tanah utk tatapan uollssss....













muka nak minta *penampar* hik..hik..

Thursday, January 26, 2012

Lunch di JONNY selayang mall.....................

akceli hari nie x cadang pon nak gi selayang mall, tp td teman kawan opis gi tengok anak jiran rumah dia masuk spital kat Hospital Selayang, sian budak tue baru 10 bulan dah kena asma aku yang dah tua bangka nie kalau lelah datang melanda aduyai x larat rasanya inikan budak...
lepas balik dr melawat kita org di Selayang Mall pekena Jonny seround he..he...

lihatlah sayur-sayur terendan disebalik kuah tom yam (macam teliur x??)
Sat2 kat sini aku nak tayang sikit muka aku yang toya sewaktu perjalanan ke Kuantan tempoh hari....

bentuk muka yang semakin bam-bam....

Wednesday, January 25, 2012

Jalan2 ke Negeri Pahang Darul Makmur..

Alkisahnya hari sabtu yang lepas aku dan juga suami berserta rombongan kawan2 suami dr Perodua bercadang utk ke Gambang Water Park pada hari ahad, tp disebabkan minggu tue adalah cuti CNY so mestilah ramai manusia akan bercuti dan bermandi-manda kat situ...

Hari Sabtu 21.01.2012...

7.45 pagi - keluar rumah dan terus ke tempat yang dijanjikan disalah sebuah kedai makan kat Sg. Choh..
8.00 pagi - 9. 30 pagi - masih menunggu kawan2 yang masih belum kunjung tiba.. (aduyai penat tau menunggu nie..)
10.00 - Lebih kurang pada waktu nie kami semua bergerak menuju ke Kuantan ikut jalan Batang Kali...

(Sepanjang perjalanan adalah dalam 2 tempat kita org berhenti utk menunaikan hajat, nak ke tandas pon kena beratur mcm nak beli tiket tuk tengok wayang jea, punya lah ramainya manusia...)

Sampai Kuantan dalam tengahari kut tp x ingatlah plak pkl baper, gi check in kat Seri Malaysia dulu...
Aduyai nak nunggu check in pun lama giler, perut dah menyanyi pelbagai irama nie... Selesai check in kami semua terus ke tempat yang dituju semestinya memenuhi perut yang sedia lapar nie, kita org gi makan Rojak Mee kat tepi pantai tp aku x sure apa nama tempat tue, walawehhh sedap oooo kuah Mee rojak tue memang terbaiklah......

Aktiviti malamnya adalah gi makan mkn laut kat tanjung lumpur di kedai Mail Ikan Bakar (kalau x salah), he..he.. aku makan x beria pon x reti arr nak makan benda banyak2 nie.. aku just makan Ikan merah masak sambal ngan kuah tom yam jea, laki aku almaklumlah ikan dia x makan so dia hanya makan tom yam ngan sotong goreng tepung...

22.01.2012 (Ahad)

Perancangan awalnya adalah utk ke Bukit Gambang Water Resort tp oleh disebabkan CNY perancangan utk ke BGWR dibatalkan... Akhirnya kami semua berpakat utk ke Cherating jea, tue pon dok x lama yealah waktu matahari naik kan?? karang ada plak yang terbakar kulitnya akibat dr sinaran matahari... Ok dalam kol 1 lebih kut kami semua bertolak balik ke destinasi masing2, alhamdulilah jalam x jem.... aku ngan suami bertolak balik utk ke kampung halaman suamiku di Kampar plak...

Wednesday, January 18, 2012

Dah lama x masak.....

aduyai sejak dua menjak nie penyakit lama telah melanda... korang tau x aku dah semakin malas nak masak, aduh mcm mana nie nanti mau lari aku kalo aku dah malas sangat nak masak utk dia nie...

Hubby kata "ala yang masak yang simple2 jea sudah x payah nak susah2 sangat..."

Aku kate plak " yealah-yealah nanti sayang masakkan yang special utk abang erk..."

Kentang Sambal...
ala sebenarnya laki aku nie simple jea orgnya dia x kisah aku nak masak apa2 pun kalo ada telor pon aku, aku plak x gamak nak hidang lauk telor jea kat dia he..he..

Nie plak lauk sayur kegemaran aku hik..hik..

Wednesday, January 11, 2012

Makan Aiskrim...

Semalam otw balik dari ipoh ke kl singgah jap kat Hentian Tapah, aktivitinya adalah utk membeli aiskrim kegemaran ramai.. YES akhirnya dpt gak mkn aiskrim nie setelah sekian lama x menikmatinya...
Beli yang harga RM 19.90 )ntah dah lupa harga sebenar) utk 3 scoop, amboi mcm x ckp jea kan yealah kongsi sama rata dengan adik2 kesayangan...

tengok bear tue kesian x dpt mkn aiskrim...
 

Monday, January 2, 2012

Makan2 sewaktu ulang tahun perkahwinan yang ke-3...

Minta maap semua hari nie baru aku berkesempatan utk merajinkan diri meluangkan masa utk membuat catatan sempena Ulang Tahun Perkahwinan aku yang ke-3 pada 20.12.2011 tempoh hari.. ala x gi jauh-jauh pon laki aku baru balik dr keja siang...Lagi pun kat rawang baru buka AEON ANGGUN so husband aku pon x pegi lagi aku pun mengajaknya utk ke sana..

Kita orang gi makan kat NANDOS jea sajer aku nak soh husband aku cuba yealah selama nie dia dok makan KENNY ROGERS.. tau x laki aku cakap apa 'Yang abg rasekan sedap lg arr makan kenny rogers tau..' aduyai laki aku nie..

laki aku x bagi minum air bergas.. terpaksa arr aku minum air kosong jea
menu laki aku..   
pilihan aku malam tue (sebenarnya nie pon x baper sedap arr)
Moga-Moga ikatan perkahwinan kami kekal sehingga akhir hayat dan semoga di masa akan datang doa kami utk dikurniakan zuriat sendiri termakbul... AMIN......

HERBALINE...

aduyai kulit muka aku jerawatnya semakin menjadi-jadi... xkan disebabkan aku nak period kut??? oleh dengan itu aku telah mencuba produk dari HERBALINE yang telah aku mencuba first trialnya di Pandan Capital di Pandan Indah...  setalah aku mencubanya aku terus membeli beberapa item yang telah di syorkan oleh beauty counsil (aku x pasti ejaannya )

Produk HERBALINE.. 
 Harap2 lepas nie kulit aku bertambah elok, tp kan aku kena pantang x bleh nak mkn pedas arr mcm mana nie???